Sukan

Terbuka Perancis: 4 beregu lelaki mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR: Empat beregu lelaki negara lolos ke suku akhir Terbuka Perancis 2025 yang berlangsung di Glaz Arena, Sesson-Cevigne.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan satu lagi beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-10, 24-22 untuk menempah aksi menentang gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Turut mara ke suku akhir ialah gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menewaskan beregu England, Ben Lane-Sean Verdy 13-21, 21-19, 21-14.

Lane-Verdy sebelum ini mengecewakan Aaron-Wooi Yik di final Terbuka Artik. Wei Chong-Kai Wun akan bertemu beregu Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae di suku akhir.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula menyertai kelompok lapan terbaik selepas menundukkan lawan dari Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan 18-21, 23-21, 21-14.

Gandingan profesional negara itu akan menentang beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bagi merebut tempat ke separuh akhir.

Gandingan Yap Roy King-Arif Junaidi hanya memerlukan 34 minit untuk menewaskan beregu China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 21-12, 21-17.

Roy King-Arif akan bertemu gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Sumber : https://www.buletintv3.my/sukan/terbuka-perancis-4-beregu-lelaki-mara-ke-suku-akhir/

Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button